Wednesday 26 September 2012

Malaysia Mempunyai Pertahanan Ghaib???

Dalam peperangan era moden ini, kebanyakan peralatan dan kenderaan perang direka supaya sukar untuk dilihat dan dikesan oleh musuh. Sebagai contoh, kenderaan darat tentera akan dicat dengan celoreng supaya sukar dilihat apabila berada di dalam kawasan berpokok atau hutan. Cat yang digunakan pula berupaya menyerap tenaga infra merah dan menyukarkannya untuk dikesan oleh alat FLIR (teropong inframerah) yang biasa digunakan untuk mengesan dan memusnah.




Kita biasa melihat kapal terbang stealth (halimunan) milik Amerika Syarikat. Tujuan teknologi ini dicipta adalah untuk menyukarkan jet mereka dikesan oleh radar sekaligus memudahkan mereka untuk menyerang negara lain tanpa dikesan. Teknologi ini juga digunakan oleh kapal laut. Kebanyakannya adalah milik Amerika Syarikat kerana teknologi ini sudah dikira matang apabila digunakan sejak perang dunia ke 2.

Tetapi adakah teknologi ini adalah teknologi terhebat yang dapat menjamin kejayaan dalam medan peperangan??? Di kawasan Asia Tenggara ini sudah ada peperangan secara halimunan sejak sekian lama. Jauh lebih lama daripada Amerika Syarikat.

Di alam melayu, apabila terdapat puak atau individu berperang sesama mereka, peperangan tersebut kadangkala tidak kelihatan tetapi masih ada yang terbunuh, muntah darah atau tenat. Ini menunjukkan bahawa pertempuran sedang berlaku secara ghaib. Apabila teknologi atau ilmu ini digunakan secara sistematik oleh angkatan tentera, maka akan wujud elemen pertahanan ghaib atau kata orang putih 'stealth defence'. Yang menariknya, penggunaan pendekatan seperti ini adalah jauh lebih murah daripada teknologi barat.

Cuba bayangkan apabila Malaysia diserang, cabang 'rahsia' ATM iaitu Tentera Ilmu Ghaib Diraja Malaysia memainkan peranan aktif dengan menyihir semua musuh yang menyerang. Berkepul-kepullah asap kemenyan di udara Malaysia ini. Muntah kaca dan paku setiap askar musuh itu. Tergoleklah semuanya tanpa disentuh oleh sebarang senjata. Inilah senjata paling ampuh dimiliki oleh ATM tetapi dirahsiakan atas sebab yang sama teknologi stealth dirahsiakan oleh Amerika Syarikat.

Namun kita perlu ingat bahawa mereka mempunyai Harry Potter and the gang yang mampu menyerang balas. Di waktu itu, kita akan lihat sihir melayu atau sihir orang putih paling hebat...


http://greatzulfiqar.blogspot.com/2011_11_01_archive.html