Wednesday, 26 September 2012

Malaysia Mempunyai Pertahanan Ghaib???

Dalam peperangan era moden ini, kebanyakan peralatan dan kenderaan perang direka supaya sukar untuk dilihat dan dikesan oleh musuh. Sebagai contoh, kenderaan darat tentera akan dicat dengan celoreng supaya sukar dilihat apabila berada di dalam kawasan berpokok atau hutan. Cat yang digunakan pula berupaya menyerap tenaga infra merah dan menyukarkannya untuk dikesan oleh alat FLIR (teropong inframerah) yang biasa digunakan untuk mengesan dan memusnah.




Kita biasa melihat kapal terbang stealth (halimunan) milik Amerika Syarikat. Tujuan teknologi ini dicipta adalah untuk menyukarkan jet mereka dikesan oleh radar sekaligus memudahkan mereka untuk menyerang negara lain tanpa dikesan. Teknologi ini juga digunakan oleh kapal laut. Kebanyakannya adalah milik Amerika Syarikat kerana teknologi ini sudah dikira matang apabila digunakan sejak perang dunia ke 2.

Tetapi adakah teknologi ini adalah teknologi terhebat yang dapat menjamin kejayaan dalam medan peperangan??? Di kawasan Asia Tenggara ini sudah ada peperangan secara halimunan sejak sekian lama. Jauh lebih lama daripada Amerika Syarikat.

Di alam melayu, apabila terdapat puak atau individu berperang sesama mereka, peperangan tersebut kadangkala tidak kelihatan tetapi masih ada yang terbunuh, muntah darah atau tenat. Ini menunjukkan bahawa pertempuran sedang berlaku secara ghaib. Apabila teknologi atau ilmu ini digunakan secara sistematik oleh angkatan tentera, maka akan wujud elemen pertahanan ghaib atau kata orang putih 'stealth defence'. Yang menariknya, penggunaan pendekatan seperti ini adalah jauh lebih murah daripada teknologi barat.

Cuba bayangkan apabila Malaysia diserang, cabang 'rahsia' ATM iaitu Tentera Ilmu Ghaib Diraja Malaysia memainkan peranan aktif dengan menyihir semua musuh yang menyerang. Berkepul-kepullah asap kemenyan di udara Malaysia ini. Muntah kaca dan paku setiap askar musuh itu. Tergoleklah semuanya tanpa disentuh oleh sebarang senjata. Inilah senjata paling ampuh dimiliki oleh ATM tetapi dirahsiakan atas sebab yang sama teknologi stealth dirahsiakan oleh Amerika Syarikat.

Namun kita perlu ingat bahawa mereka mempunyai Harry Potter and the gang yang mampu menyerang balas. Di waktu itu, kita akan lihat sihir melayu atau sihir orang putih paling hebat...


http://greatzulfiqar.blogspot.com/2011_11_01_archive.html


Thursday, 29 March 2012

Raja Dato' Seri Ashman Shah mangkat

AL-FATIHAH

Anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Baginda yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin, seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

 

Dari http://jejakwarisan.blogspot.com/2009/02/yam-raja-dato-seri-ashman-shah-calon.html

Raja Dato' Seri Ashman Shah, calon terbaik untuk dipertabalkan selaku Sultan Melaka



















Negeri Melaka, tapak warisan sejarah negara. Kaya dengan kesan peninggalan Kesultanan Melayu Melaka dan tempat terdirinya makam makam pahlawan dan pendekar Melayu yang gugur tatkala berjuang mempertahankan bumi tercinta Tanah Melayu nan dikasihi ini.



















Walau kini Kesultanan Melayu Melaka hanya tinggal kenangan, namun bagi pencinta warisan Melayu seperti saya ini, tidak mustahil Melaka kembali bersultan!



















Sejarah mencatatkan bahawa sesungguhnya waris waris Kesultanan Melayu Melaka telah menyelamatkan diri kerabat diraja dengan berhijrah ke bumi Perak.


Maka sekiranya rakyat Melayu di tanahair ini masih berpegang kepada amanat Datuk Paduka Laksamana Hang Tuah bahawa 'Tidak Melayu hilang di dunia' masih ada harapan untuk bumi Melaka kembali bertuankan waris waris Paduka Tuanku Sultan Mansor Shah, Raja Melayu terbilang di seluruh Nusantara.


Hendak seribu daya! Bukankah kini kita telah 51 tahun kembali merdeka dari belenggu penjajah asing?


Mana dia erti kemerdekaan itu sekiranya masih kita menjalankan sistem pemerintahan British dengan meneruskan tradisi Gabenor yang diasaskan oleh sang penjajah kolonial?


Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai sepatutnya diserahkan kembali kebawah pemerintahan Sultan Kedah Darul Aman.


Bumi Melaka harus dikembalikan Kesultanan Melayu Melaka dengan mendaulatkan waris Kesultanan Melaka yang kini bersemayam di Kuala Kangsar.























Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ashman Shah ibni DYMM Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan adalah Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak.


YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah adalah seorang putera Raja Melayu yang memiliki ciri ciri yang sesuai sekali untuk dipertabalkan sebagai Sultan Melaka, kerajaan berdaulat yang baru.


Raja Dato' Seri Ashman Shah berpendidikan tinggi dan memiliki :
  • Ijazah Ekonomi dari Universiti Nottingham, England;
  • Sarjana Perundangan dari Universiti Cambridge, England;
  • Barrister at Law, Lincoln's Inn, England;
  • Diploma Undang undang Perniagaan dari Universiti London, England.
Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah juga dikenali sebagai seorang putera raja Melayu yang warak dan kuat berpegang pada ajaran Agama Islam.
YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah dilantik sebagai Khalifah Tariqat Naqsyabandi oleh Mufti Cyprus dan Imam Tariqat Naqsyandi sedunia, As Syeikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi An Naqsyabandi.

YAM Raja Dato'Seri Ashman Shah berdo'a bersama rakyat marhaen.
Di akhirul zaman ini bilamana lazim kita mendengar akan salah laku putera putera Raja dan Sultan Melayu gara gara beraktiviti sosial terlampau seperti 'clubbing' mabuk, ganas dan seumpamanya, mana pernah kita mendengar akan sebarang salah laku Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah, Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan ini?


Maka, itulah sebabnya saya selaku seorang warganegara ini dan pencinta Warisan Melayu amat berharap agar mana mana rakyat yang sama sefikrah dengan saya akan turut sama berusaha mengembalikan institusi Kesultanan Melayu Melaka ke tempat sewajarnya iaitu di Istana Kesultanan Melaka, Negeri Bersejarah negara kita.


Waris Kesultanan Melayu Melaka yang paling layak ditabalkan selaku Sultan Melaka tidak lain dari Yang Amat Mulia, Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan dan Jajahan jajahan Takluknya, Raja Dato' Seri Ashman Shah Al Haj ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan!

Friday, 16 March 2012

Tun Mahathir's Opinion on Proton



Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s former prime minister, comments on Proton Holdings Bhd after billionaire Syed Mokhtar Al-Bukhary’s DRB-Hicom Holdings Bhd agreed to buy a controlling stake from the government.

Mahathir, who helped found Proton and remains an advisor, also comments on whether DRB should sell Proton’s U.K. sports- car arm Group Lotus International Ltd. The former premier made these comments in an interview in Kuala Lumpur yesterday.

On selling Lotus:

“It is a viable option and I think the new owners of Proton might consider that. But, Lotus is not just a sports-car company. It is an engineering and technology company. It’s selling engineering skills to China and helping people going into the industry.”

Whether Proton’s new controlling shareholder DRB-Hicom can make a difference:

“The man behind DRB-Hicom is a successful entrepreneur. He owns ports and businesses and took over DRB-Hicom from previous owner and has turned it around.

“DRB-Hicom was a great failure before. It lost a lot of money before he took it over and has turned it around. It’s a profitable company and many foreign automotive companies go to this company and want them to be partners. They assemble Mercedes-Benz cars, Volkswagens and Suzukis. They are financially strong. I am confident.

“Of course, they have a lot of borrowings. Nobody is rich with their own money. They are rich with money that they borrow.”

On whether Proton still needs a global strategic partner:

“If you go to Italy, small companies can design and build car, so you don’t need big companies to be with you. You can go direct to the very companies which the big companies use.

“We see big companies are more keen on swallowing us up. We feel we want to be independent. Therefore, we go to the small companies and we can now build and design cars of modern design by working through these small companies.”

On what’s needed to turnaround Proton’s fortunes:

“I think a good management. There is nothing wrong with Proton, but bad management has caused it to come down.

“There were times Proton was doing so well. It made so much money it managed to build huge facilities, including a big manufacturing center costing 1 billion ringgit. These were internally generated funds and not by borrowing from the banks or asking the government for money. It’s not usual for any car companies to be able to generate funds internally for expansion. So it’s not a failure.

“Today, it seems to be in a bad way. Of course, there were things done which should not have been done. For example, they allowed for the import of foreign cars, but these people under- declare and do all kinds of funny things. As a result, these foreign cars push out Proton from the market. So, we understand the problem. We have a chance to recover.”

Proton’s challenges:

“One time, we had a reserve of RM4 billion, which would able to finance the growth of the future. Unfortunately, due to things done by the wrong management we have lost the cash.

“In the automotive business you need a lot of money. Each model, just for the platform requires half a billion ringgit. We need that money. I hope the new investors will provide the money.”

On whether Malaysia really needs a national car:

“By itself, a national car is not a need. We could buy cheaper cars by importing them. An automotive industry generates a lot of engineering skills and it can give us a lot of the other businesses.

“Now we can manufacture components and produce a lot of other things. People who look at Proton may think of it as a failure, but we think it has helped Malaysia take many steps in the field of engineering.” -- Bloomberg

Wednesday, 14 March 2012

Proton P3-21A vs Peugot 308 vs Volkswagen Polo

I don't think P3-21A will 'makan asap' of those 2 cars, just because they don't have 'asap' :) just kidding. I say they better pit it against same priced car. Baru nampak P3-21A ada performance.

VW and Peugot has vast experience in turbocharged engine whereas Campro CFE is Proton's first turbo engine. As we can see Proton is doing R&D on engine tech, from bare Campro, then campro CPS then the CFE in under 10 years time. It's good for their business as they don't have to pay royalty to other manufacturer anymore and Malaysia have engine industry of our own. It's worth to note that just a few country in this world can produce engines because of its very intense engineering and hi-tech.

There's a lot of Malaysian did not like Proton especially those who can afford to buy foreign cars, but still dozens of lower income like me still support Proton not just because of the price, but we're proud to be Malaysian and Proton is Malaysian company. I think we'll appreciate things more if that's the only thing we can afford. Rasanya orang kampung lebih sayangkan negara daripada mereka yang hanyut dengan kelebihan orang asing dan menangisi kekurangan kita.

http://paultan.org/2012/03/14/proton-p3-21a-handling-prowess-to-be-showcased-at-proton-power-of-1-bukit-jalil/

Monday, 12 March 2012

Jadual Gaji Baru SSM 2012

Sejak SBPA dibatalkan, ramai yang tercari-cari jadual gaji baru SSM untuk tahun 2012.

Apa susah? Darab je jadual gaji matriks sedia ada mengikut formula di bawah:

  • Gred 1 hingga 54: gaji pokok darab 1.13
  • Gred JUSA C,B,A: gaji pokok darab 1.09
  • Gred Turus 3,2: gaji pokok darab 1.08
  • Gred Turus 1 dan KSN: gaji pokok darab 1.07
Hasil daraban dapat la gaji pokok yang baru.

http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/12/duit-kertas-malaysia-baru-rm1-rm5-rm10.html

Sunday, 11 March 2012

'Panggilan Terakhir' Untuk Lahirkan Bayi Pada 12.12.12

'Panggilan Terakhir' Untuk Lahirkan Bayi Pada 12.12.12

PETALING JAYA: Bagi pasangan yang merancangkan untuk mempunyai bayi pada 12.12.12 (12 Disember 2012), mereka hanya mempunyai seminggu lagi untuk hamil dan meningkat peluang mereka, berikutan tarikh gandaan terakhir untuk abad ini hanya kira-kira sembilan bulan sahaja lagi.
Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya, Prof Dr Jamiyah Hassan berkata, perkara itu mungkin agak mustahil untuk merancang kelahiran semulajadi pada tarikh tersebut, tetapi wanita yang hamil antara 5 dan 19 Mac akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk melahirkan bayi mereka dalam minggu berkenaan.
Bagaimanapun, pengiraan ini adalah jangkaan kepada wanita yang mempunyai kitaran haid tetap 28 hari dan hari pertama bagi tempoh terakhir haid adalah Mac.
Bakal ibu mengandung itu juga dijangka akan melahirkan bayinya pada 12 Disember ini.
"Tempoh mengandung adalah kira-kira 40 minggu tetapi wanita hamil lebih daripada 90 peratus akan mempunyai tempoh antara 37 dan 40 minggu, dengan purata satu iaitu 38 minggu," kata Prof Jamiyah, sambil menambah bahawa pengiraan hanya boleh memberi anggaran ke seorang ibu mengandung bagi tarikhnya untuk melahirkan bayi.
Walaupun pasangan memilih kaedah pembedahan Caesarean, doktor akan memastikan tempoh kehamilan perlu mencapai sekurang-kurangnya 38 minggu menjelang 12 Disember, ini bermakna wanita itu perlu hamil pada pertengahan Mac.
“Melahirkan bayi lebih awal akan meningkatkan risiko pra-matang,” kata Prof Jamiyah yang menambah terdapat risiko pembedahan dan implikasi jangka panjang bagi pembedahan Caesarean.
Pakar obstetrik dan ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar yang menyambut bayi cukup matang menerusi pembedahan Caesarean pada November tahun lalu (11.11.11) berkata, idea untuk mendapatkan tarikh bertuah itu berdasarkan kepercayaan budaya dan agama.
Bagaimanapun, beliau percaya, setiap hari adalah hari yang baik untuk menyambut bayi bergantung pada ibu bapa bayi itu untuk menerimanya.
“Jika ibu bapa berfikir bahawa bayi mereka ‘disumpah’ hanya kerana dilahirkan pada tarikh tertentu, maka bayi itu telah ditakdirkan.
“Tetapi jika mereka melihat ia sebagai satu rahmat, maka bayi merupakan satu permulaan yang baik,” kata Dr Nor Ashikin.
Kedua-dua doktor itu bagaimanapun masih belum mendapat permintaan daripada mana-mana wanita untuk bersalin pada 12 Disember, tetapi mereka akan memastikan tidak menimbulkan sebarang risiko kepada mereka yang mengandung hanya untuk mencapai tarikh ‘bertuah’ itu yang mungkin sukar itu.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/12/mstar_berita/20120312102122&sec=mstar_berita retrieved 12/3/2012

Thursday, 8 March 2012

SBPA Dimansuhkan

Kerajaan buat U-turn 360 degree dengan kembali ke zaman gelap bila memansuhkan SBPA dan balik ke SSM. SBPA lebih banyak bagus daripada SSM. Tak puas hati pasal gaji, habis semua dilingkupkan. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Syabash PM Najib. Pilihanraya dah dekat. Orang politik mana nak ambik risiko.

http://www.nst.com.my/top-news/13pc-pay-rise-for-civil-servants-1.57971
Kalau tengok blog lain, semua orang tak puas hati tu dan ni. SSB ke SSM ke SBPA tak pernah puas hati. Nak-nak cikgu. Dah dapat kenaikan pangkat secara time based pun mau bising lagi. Golongan paling banyak kena kutuk ialah golongan PTD. Ada yang kata PTD lulusan bidang sejarah yang buat kiraan gaji SBPA tu. Pasal tu kiraan gaji tu macam haram. PTD ni memang golongan yang tak berapa disukai dalam beberapa sektor dalam kerajaan. Cikgu marah PTD pasal takut PTD bolot jawatan penting dalam sektor pendidikan. Kastam dan imegresen marah PTD pasal pegawai kanan jangan harap nak pegang jawatan Pengarah. JPJ pun sama. Nak buat macamana. PTD dah dilatih untuk jadi ketua dan pembuat keputusan. Sebab tu diorang selalu kena pindah pasal nak dapat pengalaman dalam pelbagai bidang. Membuat keputusan penting dalam sektor awam perlu pengetahuan dan aware dengan sektor-sektor lain yang mungkin terima kesan akibat keputusan itu.

Orang kerja kerajaan ni dah terlalu selesa. Sebab tu diorang tak suka exit policy. Kalau boleh nak kerja rilek2 sampai pencen. Pencen dapat lagi duit. Cuba buat pemerhatian sektor mana yang paling banyak orang buncit.

http://bestclothinggallery.com/your-stomach-distendedfollow-the-following-dress-tips
Alahai orang kerja kerajaan. Udah-udah le tu. Pegi la sibuk buat kerja daripada sibuk memboroikan diri sendiri. Lama-lama takut jadi macam Mr Toad.

http://happycatholic.blogspot.com/2009_08_01_archive.html