Thursday 8 March 2012

SBPA Dimansuhkan

Kerajaan buat U-turn 360 degree dengan kembali ke zaman gelap bila memansuhkan SBPA dan balik ke SSM. SBPA lebih banyak bagus daripada SSM. Tak puas hati pasal gaji, habis semua dilingkupkan. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Syabash PM Najib. Pilihanraya dah dekat. Orang politik mana nak ambik risiko.

http://www.nst.com.my/top-news/13pc-pay-rise-for-civil-servants-1.57971
Kalau tengok blog lain, semua orang tak puas hati tu dan ni. SSB ke SSM ke SBPA tak pernah puas hati. Nak-nak cikgu. Dah dapat kenaikan pangkat secara time based pun mau bising lagi. Golongan paling banyak kena kutuk ialah golongan PTD. Ada yang kata PTD lulusan bidang sejarah yang buat kiraan gaji SBPA tu. Pasal tu kiraan gaji tu macam haram. PTD ni memang golongan yang tak berapa disukai dalam beberapa sektor dalam kerajaan. Cikgu marah PTD pasal takut PTD bolot jawatan penting dalam sektor pendidikan. Kastam dan imegresen marah PTD pasal pegawai kanan jangan harap nak pegang jawatan Pengarah. JPJ pun sama. Nak buat macamana. PTD dah dilatih untuk jadi ketua dan pembuat keputusan. Sebab tu diorang selalu kena pindah pasal nak dapat pengalaman dalam pelbagai bidang. Membuat keputusan penting dalam sektor awam perlu pengetahuan dan aware dengan sektor-sektor lain yang mungkin terima kesan akibat keputusan itu.

Orang kerja kerajaan ni dah terlalu selesa. Sebab tu diorang tak suka exit policy. Kalau boleh nak kerja rilek2 sampai pencen. Pencen dapat lagi duit. Cuba buat pemerhatian sektor mana yang paling banyak orang buncit.

http://bestclothinggallery.com/your-stomach-distendedfollow-the-following-dress-tips
Alahai orang kerja kerajaan. Udah-udah le tu. Pegi la sibuk buat kerja daripada sibuk memboroikan diri sendiri. Lama-lama takut jadi macam Mr Toad.

http://happycatholic.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

No comments:

Post a Comment